03032017

14:49

Bismillah.

***

Pintu Costa Cafe dibuka. Mata meliar mencari meja kosong. Seketika, pencarian terganggu dek vibration phone.

Phone dikeluarkan dari poket baju scrub yang dipakai sejak pagi sebab ada sesi klinik harini. Mata meneliti satu per satu whatsapp yang masuk. Ya rabbi. Birthday Na.

"Okay kita duduk dulu pastu satgi kita wish ah"
Pencarian meja kosong diteruskan.

***

Mata digenyeh. Belakang tangan dibawa ke mulut, tahan kuap. Nak katil please.
Tangan diangkat, untuk raih perhatian pelayan cafe. Kemudian tangan kanan buat gaya potong tangan kiri -- isyarat mintak bil dekat sini.

Sambil berjalan, kepala didongak ke atas. Mengantuknya ya rabbi. Jalan terhuyung hayang sambil menikmati langit yang terhias dengan seribu bintang.

Mengantuk.
Jalan cam orang tak betul.
Bintang.

Lantas minda bawah sedar mengambil alih, membawa diri terperangkap di alam memori.

--

"Jauhnya nak naiiik tak larat."

"Go mirah go! Sikiiit jah lagi."
Lengan dipaut, membantu seorang amirah yang terhuyung hayang panjat tangga. Kalau mengantuk, nauzubillah. Haru dunia.

"Takleh bukak mata dah ni. Ngantuknyaaaa"
Mata digenyeh.

"Sikiiit lagi nii pastu buleh tido atas katil dah"

"Na, BB, ore nok tido dekat tepi tangga ni deh. Esok subuh tolong kejut deh"
Badan direbahkan.

"Heeeey"
Gelak tawa bersahutan.

Mereka berdua turut merebahkan badan. Sama sama baring menghadap langit luas terbentang.

"One day, mesti kita ingat saat ni kea. Baring tengok bintang sebab tak larat nak naik dorm."

"Dekpun tinggi sangat buat dorm, atas bukit. Sape je larat"
Tawa kembali bersahutan, sebelum precious-silent-moment sambil tengok langit.

And the rest of the conversation is history.

--

Mata dipejam rapat, butir butir air mata mengalir laju.
Badan, tangan, kaki, kepala serta anggota badan yang lain kaku tidak bergerak setelah menghempaskan diri ke atas katil. Hanya aliran air mata yang mengalir.
Satu bunyi pun tidak keluar. Terasa panas membahang seluruh muka.

Ya, aku rindu. Rindu saat itu, saat kita bersama.

***

Buat Nur Azimatul Fitrina Mohd Nordin, Happy 22nd birthday! You deserve more than anything in this world. Semoga bahagia dunia akhirat milikmu, ameen.

Terima kasih sebab menjadi telinga dan bahu ore selama di matrik. Sebab menjadi antara orang orang yang mewarnai hidup ini dengan warna pelangi, bukan sekadar hitam dan putih. Terima kasih :)

Ceh lama dah tak menulis, berkarat dah eden. Kbye ;-;

xoxo,
Mia.

You Might Also Like

0 awesome homosapiens ^^

assalamualaikum..
gerakkan jari jemari anda yang runcing lagi halus mulus itu and comment yea :D

Flickr Images