blog stuffs

Theme changed!

03:23

Salaaaaamun alaykum & hi everyoneee :D

Can you seeeeeee any difference in mah blog? Can youuuu? Weheeeee!!

Senanya tengah final exam tapi nyempat ngeditnya pun hahahah. Tak, tak habis edit lagi. Banyak benda yang ada dekat blog lama belum letak kat sini. Masih lagi in progress! Sikit sikit laaah hehheh. Once habis exam nanti kita pulun!

Anyhow, I finally changed my blog theme into a simpler one, and I looove this! Maigod, my taste changed drastically. Im getting old, people.

My previous theme took quite some time to load, berat sangat kut aku edit masa zaman gegila edit dolo hahahah. Sebab tu jugak rasa nak tukar jadi lagi simple, nampak matured sikit guys. 22 dah guys. Hahahah kbye.

Ohye!
I have a practical exam today, subject Operative Dentistry. Yang tampal tampal gigi orang tu haa. Doakan patient datang, pastu kes gigi dia simple jee pastu sekejap je dah siap berjalan dengan lancar semuanya, Dr pun mood baik je. Aminnnn! May Amirah Rushdan passed the exam excellently, inshaAllaah, ameen.

Hehheh. Ni kat bawah ni gambo previous theme (for those yang 1st time datang blog aku. Btw hi!) Sorry gambar terlebih chantek sebab dah tutup lampu masatu, rumet dah tidoq ehehe. Adios gais! 


xoxo,
Mia.

miasclinicalyearstory

A poem

17:30

"There sat a lion,
Who hate girls on his own,
Because of his past and his reason.
On my dental unit he sat on,
He is -- my patient."

Kah!
I ain't telling a lie.
Esok jumpa dia lagi sebab haritu sempat buat temporary filling je. (Patient operative dentistry, he is my batchmate tapi medic)

Doakan iolls, gais. Seorang Amirah cuak.

dearest diary

Clinical Year Story #2

13:55

Salaaaaamun alaykum and haiii.

Its March, beoble. I am halfway of my 6th semester weeeee *terbang terbang*

Since sem ni sesi clinical ada 3 department, I shall write 3 short story here. Nah, tulis pengalaman je pun, jet jet je story ugh.

***

Well, untuk prosthodontics department (gigi pelesu), last thursday was my practical exam. I've told Baba Hussein (my patient) about the exam a week before the exam and alhamdulillah, he agreed to cooperate :D

Since dia datang tu untuk aku exam je, bukan untuk proceed step2 gigi pelesu dia, aku rasa aku kena kasi something. Plus nadia mintak nak buat exam dia on patient aku, sebab patient dia tetiba cabut lari (kesian nadiaaaa, menangis nangis dia! Dahla patient dia gatal ajak gi dateee :( Nasib baik baba hussein okay je buat exam 2 kali)

So aku ingat nak kasi hadiah lah sikit eheh. Memula ingat nak kasi buah ke cena, pastu kebetulan haritu ada ALDT (Alex Dental Team) buat jualan kuih pulek. Sardine roll & kuih cara. Pehhh siapa tak kecur air liur!

And I bought the kuih.

Bila habis je exam, (alhamdulillah sekali amik je primary impression, dr terus terima & cakap this is very good), aku kasi lah kuih tu dekat baba. Bila bagitau kuih tu kuih malaysia, suka gila baba tu. Sengihnya takyah cakap lah, dahla takde gigi (read: comel). Habis semua gula gula yg ada dalam poket dia kasi aku hahahahah.

"Syukran merci"
Pastu dia doakan kejayaan kitorang, as usual.

And tetiba ada orang call baba.  So aku layan patient amir (duk dental unit sebelah), sebab dia tengah bukak bekal kekeke. Dia bagi kek sorang satu weee!

M: Dah ismu eih?
Ni nama dia apa?

P: ke'ka
Kek

M: Ooo. Min ta'mal dih?
Ooo. Siapa buat ni?

P: Ana wa madam.
Aku dengan isteri (kat sini orang panggil perempuan yg dah kahwin as madam).

M: MashaAllaah. Dah helwah awiy. Shukran!
MashaAllah. Kek ni sedap sangat. Terima kasih!

P: El'afw. Sahlah awiy.
Sama sama. Senang iler (cara nak buat)

A: Sahlah? *giggling*
Senang?

P: Ah, sahlah. Wallahi.
Aah, senang. Demi Allah (orang sini sumpah suka bersumpah nama Allah haha)

Pastu tak sempat nak teruskan, baba aku panggil sambil hulur phone. Madam dia nak ckp dgn aku ghupenye hehheh.

Dia bagi salam, ucap terima kasih, pastu doakan kejayaan.

Nak nangis rase sbb baik sangat :')

Balik rumah tu aku over excited sebab baba suka aku bagi kuih. Cant help smiling aaaalll the way panjat tangga naik rumah. Bila sedar je, keluarkan kunci, pastu rasa pelik.

Mana. Tong sampah. Biru.? Wehhhh??

Aku intai pintu tingkat bawah, pun takde tong sampah. Bila aku dongak atas, ada setingkat je lagi sebelum rooftop ya ampuuuun. Tak pernah pernah aku panjat tangga rumah sampai tingkat ni :')))
Maka terkedek kedek lah turun tangga balik hahahahah.

Nah lanje satu gambar dengan Baba Hussein ^^

Thats it for prostho. Lets proceed! Next is operative department (yg tampal2 gigi).

---

As for now, 7th week jumpa patient, alhamdulillah aku dah treat 6 patient (sebab aku ada tak dtg sekali, demam. Kang jangkit kang, suseh)

Weh. Oo wait amirah, wait.  I think this post is already overly written, kan? Naik juling dah baca post sendiri wakakaka. 
Aha alright will proceed in next post inshaAllah. See y'all in next post.

Thanks for reading!

Xoxo,
Mia.



03032017

14:49

Bismillah.

***

Pintu Costa Cafe dibuka. Mata meliar mencari meja kosong. Seketika, pencarian terganggu dek vibration phone.

Phone dikeluarkan dari poket baju scrub yang dipakai sejak pagi sebab ada sesi klinik harini. Mata meneliti satu per satu whatsapp yang masuk. Ya rabbi. Birthday Na.

"Okay kita duduk dulu pastu satgi kita wish ah"
Pencarian meja kosong diteruskan.

***

Mata digenyeh. Belakang tangan dibawa ke mulut, tahan kuap. Nak katil please.
Tangan diangkat, untuk raih perhatian pelayan cafe. Kemudian tangan kanan buat gaya potong tangan kiri -- isyarat mintak bil dekat sini.

Sambil berjalan, kepala didongak ke atas. Mengantuknya ya rabbi. Jalan terhuyung hayang sambil menikmati langit yang terhias dengan seribu bintang.

Mengantuk.
Jalan cam orang tak betul.
Bintang.

Lantas minda bawah sedar mengambil alih, membawa diri terperangkap di alam memori.

--

"Jauhnya nak naiiik tak larat."

"Go mirah go! Sikiiit jah lagi."
Lengan dipaut, membantu seorang amirah yang terhuyung hayang panjat tangga. Kalau mengantuk, nauzubillah. Haru dunia.

"Takleh bukak mata dah ni. Ngantuknyaaaa"
Mata digenyeh.

"Sikiiit lagi nii pastu buleh tido atas katil dah"

"Na, BB, ore nok tido dekat tepi tangga ni deh. Esok subuh tolong kejut deh"
Badan direbahkan.

"Heeeey"
Gelak tawa bersahutan.

Mereka berdua turut merebahkan badan. Sama sama baring menghadap langit luas terbentang.

"One day, mesti kita ingat saat ni kea. Baring tengok bintang sebab tak larat nak naik dorm."

"Dekpun tinggi sangat buat dorm, atas bukit. Sape je larat"
Tawa kembali bersahutan, sebelum precious-silent-moment sambil tengok langit.

And the rest of the conversation is history.

--

Mata dipejam rapat, butir butir air mata mengalir laju.
Badan, tangan, kaki, kepala serta anggota badan yang lain kaku tidak bergerak setelah menghempaskan diri ke atas katil. Hanya aliran air mata yang mengalir.
Satu bunyi pun tidak keluar. Terasa panas membahang seluruh muka.

Ya, aku rindu. Rindu saat itu, saat kita bersama.

***

Buat Nur Azimatul Fitrina Mohd Nordin, Happy 22nd birthday! You deserve more than anything in this world. Semoga bahagia dunia akhirat milikmu, ameen.

Terima kasih sebab menjadi telinga dan bahu ore selama di matrik. Sebab menjadi antara orang orang yang mewarnai hidup ini dengan warna pelangi, bukan sekadar hitam dan putih. Terima kasih :)

Ceh lama dah tak menulis, berkarat dah eden. Kbye ;-;

xoxo,
Mia.

dearest diary

Clinical Year Story #1

20:05

Salaaaaamun alaykum. Hi everyoneeee!

I already started my new semester over a week. Which is CLINICAL YEAR WEEEEE 🎉🎈

I will write a detail post on my subjects I took this semester, inshaAllah. As well as my winterbreak story (hint: someone visited me!)

For now, I am sooooo freaking excited as tomorrow will be my first real clinic. I mean, I WILL TREAT A PATIENT GAISSSS CAN U BELIEVE ME???

Yassss I am now officially a clinical year student, inshaAllah. For now, I've got one Removable Prosthodontics Full Denture patient, named Hussein Ali. He is 74 y/o, and he worn his previous gigi palsu for 20 years! Thats a very long period. Setianya ammu ni en :')

Cemana dapat patient ni?
Sebab aku assist Dr Sarah last week masa Dr buat demo. Tolong fill in the form je tapi hahhah. Pastu bila Dr Sara tanya ammu tu dia willing untuk buat 2 kali, terus Dr tanya siapa nak buat? Aku angkat tangan lah dah ingat nak cuba buat apa yg Dr buat tadi. Dah dah tetiba Dr cakap "Okay Amirah, this patient is yours. You can take him for your requirement."

Ada 3 orang angkat tangan time tu, tapi Dr nampak aku. Weyyy hampir melompat gak ah time tu. Dahla aku salah paham ingat Dr tanya siapa nak repeat step yg Dr ajar tadi je. Rupanya memang nak kasi terus patient tu. Weee alhamdulillah rezeki. Takyah nak kena mencari duk intai gigi orang je hehe. Hold dulu. Next sem kita intai muehehe.

Right now I am laying on my bed waiting for my eyes to sleep but I can't! Hence here I am hahha. I just finished packing my clinical stuffs that will be used tomorrow. And before packing, I called my patient to remind him of tomorrow's appointment. MY 1ST APPOINTMENT GAIS. Omg I am nothing more than excited!

Before I called him, I trembled way too much. Nervous wey! My voice was terribly shaking. As I dialled his number, right before the ringtone ring, I cut off the call. HOW AM I SUPPOSED TO TALK TO HIM WHILE IM CRAZILY SHAKING OVER HERE, HELLO? Rilek sikit Amirah plis. Pastu gelak cam orang gila sebab tak caya boleh nervous sampai ceni skali lol. Pastu aku duduk, tarik nafas dalam dalam, then jot down main point nak cakap nanti. And yes, I spoke to him while holding my planner and pen -_-'

***
So here goes our conversation;

P: "Salam alaik"
A: "Alaikumussalam"

A: "Min ma'aya?"
Siapa ni?

P: "Enta ayz kallimi limin?"
Kamu nak bercakap dengan siapa?

A: "Fi Hussein Ali?"
Hussein Ali ada?

P: "Aywah, ana Hussein Ali. Min dah?"
Ye, saya Hussein Ali. Ni siapa?

A: "Ana dukturah Amirah, min kulliyah tibb asnan. Ma'a dukturah Farah fi usbu' adim"
Saya Dr Amirah (kat sini asal ko pakai white coat depa panggil dr kay hahha), dari kuliah pergigian. Yang dengan Dr Farah (lecturer) minggu lepas.

P: "Aaaah, aywah." (Pastu dia bebel apetah tak faham hahahah tapi aku anggap dia ingat dari gaya dia cakap)

A: "Enta hatigi ilal eyadah bokra?"
Kamu akan datang ke klinik esok?

P: "Aywah, ana gai inshaAllah bokra."
Ye, saya datang inshaAllah esok.

A: "Alhamdulillaaah. Sa'ah itnin momkin? Mesyi?"
Alhamdulillah. Mungkin pukul 2? Okay?

P: "Aywaaah, mesyi. Sa'ah itnin inshaAllah."
Okaaay. Pukul 2 inshaAllah.

A: "Mesyi. Ana hastannak amama bab kuliyyah inshaAllah. Tamem?"
Ok. Saya tunggu kamu depan pintu pagar kuliah inshaAllah. Ok?

P: "Mesyi tamem. InshaAllah naggahkum."
Ok. InshaAllah kamu semua berjaya. (Baik en pakcik ni doakan kejayaan itew:'))

A: "InshaAllaaah, ameen. Maassalamah. Salam alaik."

P: "Ameeen. (Pastu bebel apetah tak paham hahaha). Alaikumussalam warahmatullah."

Lepas end je conversation, aku jerit sambil lompat lompat. OMG CAN U BELIEVE THAT? I JUST CALLED MY PATIENT!!!!! Pastu tergolek sensorang atas karpet sebab macam terlebih bahagia hahahahah.

***

Soooo thats all for now! Doakan ammu tu datang esokk pastu aku boleh buat segala prosedur dengan lancar inshaAllaàah. And doakan jugak, semoga amirah rushdan dapat patient untuk operative dentistry, ameen!

Pray for meee. Till then,
XOXO.

Flickr Images