Alexandria

Bi'ah katenye

00:46

Salaaaamun 3laykum. Hai everibadeeeeh \O/

Eksaited nak post something, then idea datang berduyun duyun lepas tu bukak je tempat nak compose entry terus semua idea tadi terbang melayang lari bertempiaran vanished immediately cewah hah kau.
Nak tulis ape ni? -_-'

---

Okeylah. Meh nak cerita sikit pasal bi'ah dekat sini. Sikit je taw.
Bi'ah tu macam suasana, yang kita dapat rasa dengan hati, dengan fikiran, dan dan dan er lebih kurang cemtu lah. Pernah dengar perkataan"bi'ah solehah" ?
Tu maksud dia, manusia manusia yang ada dekat situ, alhamdulillah baik baik belaka, soleh solehah.
Haaa gitew.

So, ini Mesir. Bila sebut je Mesir, mesti bayang mashaAllah semua pakai jubah, berpurdah, baik baik belaka, untungnyaaah dapat pergi sana, orangnya kasar sikit je, tapi baik, bumi anbiya' lagi kan haa hahahhaha hell no.
 Yeah, memang ni bumi anbiya'. Taaapiiii dekat sini jugak lahirnya firaun, namrud, qarun, dan musuh Allah yang lain.

To be whom is your choice. Nak jadi macam nabi ke macam firaun. Semua tu hengko yang pilih. 
Ada je student Malaysia dekat sini yg freehair. They chose to be like that. 
Yang baik, betul betul baik. Macam malaikat. Yang jahat, wal'iyazubillah! 
Orang cakap, sebaik baik manusia ada dekat Mesir ni. Sejahat jahat manusia pun sama.

---

Dekat sini, jauh dengan family. Beribu ribu batu jauhnya. So, mesti tough especially hati. 
Dalaman tu kena kuat. Maka peranan senior senior yang baik hati lagi lawa dan hensem saaaangat penting. Alhamdulillah, senior senior dekat sini sangat baik. 

Cerita aku, first day dekat Alex ni ada akak nama Khairun bawak kitorang pergi jogging tepi pantai. Ohh ye, rumah aku dekat je dengan pantai. Sangat dekat sampai tengok daripada balcony pun boleh nampak. Angin bayu sejuk tahap apa (sbb tengah winter) pun sampai, kau. Tapi laut dekat area rumah aku ni takleh mandi sebab ombak mengganas then dalam, tak sesuai. Kalau nak mandi ada tempatnya -- Montaza, Maa'moura. Nanti kalau rajen aku hapdet pasal ni eh. Kalau nak tau,doakan aku rajen okey, kikikki.

Where was I?

Oh ye. Lepas jogging, kak khairun bawak kitorang pergi dkt satu tempat ni (tepi pantai jugak), then jumpa akak akak yang lain, sedang lepaking atas tikar yang dah terhidang makanan. Sumpah terharu sobs. Nasi goreng. Air teh susu panas lagi pun ada. Sobsobs.
Lepas breakfast, ada sharing sikit daripada akak akak. Tazkirah laaa lebih kurang. 

Ni pagi tersebut. Wahahaha ayat skema

Dekat sini selalu macam tu -- ada je pape, mesti akan diselitkan dengan sharing. Sukaaaa!

Setiap orang akan ada group Smart Circle (SC) memasing. Ada dua akak naqibah. 
Lima orang per group, tapi group SC aku ada 6 orang :D
Kiranya student dekat sini takdelah sibuk sampai lupa dunia yang lagi satu.
Hamdan lillah ala kulli haal.

---

Sekarang ni pun dah musim sejuk. Feeling macam nak berbungkus dalam saratoga (selimut tebal) tu 24/7 je. 
Nak study pun malas. Nak buat tu malas. Nak buat ni malas. Semua jadi malas hahahha (jangan ikut perangai aku plis)
 Hunting trench coat pun tak ending ending lagi haa sebab nak caghi yang murah. Kononnye puih.
Maka bersweater je la dulu sementara jumpa trench coat yang berkenan di hati plus murah harganya. Ceh.

Sebenonye tengah ace final exam ni. Ada lagi 5 payperrr. Doakan kita eh awak awak *covering eyes with palm*

dengan housemates, akak akak andddd baby Yusra


May Allah bless us, and ease very single thing, in shaa Allah.

XOXO!


Flickr Images