.

10:12

Bismillahirrahmaanirrahim.

Saat aku istikharah, solat hajat, aku mintak dengan Allah.
Aku mintak, Dia campak keputusan yg betul ke dalam hati, ke dalam fikiran umi abi.
Kenapa bukan kepada aku? Sebab aku kenal diri aku. Yang selalu hesitate dengan diri sendiri. Dan yakin dengan kata hati orang tua.
Kadang kadang, mereka hanya nyatakan pendapat. Tapi aku pilih untuk ikut pendapat mereka.

Jadi, segala keputusan yang dibuat, aku anggap Allah yang campakkan yang terbaik ke dalam hati umi abi.

And this time, its not something yang main main. Sebab pengorbanan untuk ini, tak terkira besarnya. Sesuatu yang aku tak pernah terduga. Yang mana usaha ke arah ini hampir 100% umi abi yang usaha. Aku cuma senyap, memerhati dan terus dihimpit rasa bersalah.

Boleh bayang tak bila bangun pagi tu terus umi tanya "ada tak kawan yg nak pergi study situ sini" dengan pen dan kertas dekat tangan? Dan juga phone.
Bila aku pergi dekat, umi tengah buat research pasal agent and so on. While aku yang still mamai terus terkelu and stand still je dekat situ.

Untuk terima kenyataan ini, banyak masa yg aku ambil. Untuk refresh balik segala benda. Fikir baik buruk. Bukan aku tak fikir, aku fikir. Lama aku berkurung dalam bilik, tak lalu makan, and malam malam menangis. It's not something easy peasy, I tell you.
Then aku yakin, ilham ni Allah yang campak ke dalam hati umi.
Ada something dekat sana yg Allah nak tunjuk dekat aku. Nak bagi dekat aku. Hatta dekat matrik, aku dah dapat something yg valuable. Yg aku rasa, itu lah bendanya yg Allah nak tunjuk dekat aku.
Tak dapat something berkaitan dengan pelajaran, mesti something pasal kehidupan. Allah itu Maha Bijaksana, bukan?
And everything happens for a reason, no? :)

Aku tak kisah even aku kena belajar lagi sepuluh tahun. Sampai mati pun aku tak kisah. Sebab belajar ni takde yang rugi. Hatta benda yg aku blaja dekat matrik haritu pun, akan aku blaja nnti sem 1 dekat sana nanti. In shaa Allah mudah segala urusan. Kalau nak bercakap pasal rezeki, rezeki Allah tu dekat memana je. Allah ada spare untuk kita. So dapat pergi sana pun aku kira rezeki sebab tak semua orang boleh pergi, kan? ;)

Nak pergi sana pun bukan something yang mudah. Aku pergi pd haritu pun, dah nampak jelas. Dahla takde yang kenal. Aku sorang je kelantanese. Kena start semua balik. Sekali lagi ak cakap, untuk buat keputusan ni pun bukan mudah. Bukan something yang boleh dibuat melulu, terburu buru.

Dekat pd haritu, rata-rata pakai iPhone kot. Hahha.
Tapi takpe, sebab self-esteem aku tak bergantung dekat gadjets. So kalau org lain pakai gadjets yg latest sekalipun, self-esteem aku takkan down punyalahhh (talk Aiman Azlan haritu dia ada sentuh pasal ni)

Ya know, aku pernah banyak kali try nak disobey orang tua aku. Tapi aku memang style kalau disobey je Allah akan pay direct - kifarah atas dunia lagi. Since aku kecik.
Sebab tu aku anggap anything yg Umi abi cakap, tu memang the best, memang Allah nak sampaikan kepada aku.

Rezeki kita masing masing. Jalan kita lain lain. Aku belok sini, kau belok sana. Ada kala kita bertemu di persinggahan. Ada kala kita berpisah di persimpangan. Adat kehidupan.
Yang sama, destinasi kita.

Kawan, fihifzillah. I'll never forget someone who once closed to me, and once stayed with me. Hatta kawan dekat nursery aku ingat lagi sekarang. In shaa Allah.
Moga Allah redha :]

You Might Also Like

2 awesome homosapiens ^^

assalamualaikum..
gerakkan jari jemari anda yang runcing lagi halus mulus itu and comment yea :D

Flickr Images