JPJ test

22:30

Assalamualaikum. Hai people :D

So, harini dah masuk 3 Ramadhan, merangkap 1 Julai.
Tanpa sedar, dah dua bulan grad matrik. Hm cepatnya masa berlaluuuu -_-

In between, so many things happened.
Oh ye, aku dah dapat lesen. Yeayy, alhamdulillah :D

Aku punya JPJ test first ramadhan kot. Mencabar betul hahahha. First tu, memang cuak gegilaaa. Tapi nasib baik ada Na yg test skali so takdela nebes sgt bila ada geng skali.

Pagi tu punya laa semangat, pukul 8.00 lagi dah brtolak. Alih alih dlm pukul 3 gitu baru test. Aku punya turn kena test jln raya dulu, baru litar.

Jalan raya.

Aku kan dtg awal, so aku dah buat statistic JPJ tester mana yg paling banyak bawak balik calon (which means calon tu gagal dkt tgh jln, then dorg tukar, JPJ yg drive time balik ke Akademi Memandu tu).
Kira ada gak aa benefit datang awal hehheh.

And, thanks Na sbb tolong bgtau JPJ tester mana yg baik. Ada dua; kereta nombor 7 dgn 11.
So, bila sampai giliran aku, kebetulan ada dlm 3 kereta sampai. Anddddd one of em, kereta nombor 7!
Aku ape lagi, mmg cecepat aa pegi dkt kereta tu. Peluang jangan dilepaskan :D

And, memang betul pun dia baik. Baik gegila kauuu, dia siap tolong ajar lagi. And tolong ingatkan bila kita terlupa. Yelaaaaaa, tetengah nebes kang, bnda simple pun boleh tak ingat (ye, aku lah tu. Boleh pulak lupa nak pakai seatbelt -_-)
Thankyou encik tolong ingatkan!

Tetengah jln, mmg tak duk diam ah. Dia tanya, aku jawab. Aku tanya, dia tanya aku balik -_-
Takde mende pun, aku cuma tanya soalan yg dah direka khas oleh Kak Ani (cikgu aku) sbb bila kita berbual dgn JPJ tester, kurang laa sket rasa gemuruh tu. And yeahh, it's proven.
Cuntuh soalan:

"Encik dah lama ke keje dgn JPJ? "
"Awak rasa?"

Haa nampak dok dia tanya aku balik? -_-

"Em, 5 ke 6 tahun?"
Encik tu gelak.

"8 tahun dah"
Telan ayaq liur.

"Eish sikit lagi nak betul"
Encik tu gelak lagi -_-
Lagi dua, Amirah. Hengko mmg takde bakat bab2 tembak menembak ni.

And the rest is history.

Ohh, one more thing yg happened time aku ditest - dialogue between a son and a father. Alehh memang le tu menda biasa je, anak ckp dgn ayahh. Adik aku ckp je dgn ayah aku haa. Tapi yg ni special sket, sbb si anak tu, JPJ tester. Yeahhh, hahahhaa raso cam tak formal gila aku punya test. Memang time tu aku doa biar dia lelama otp sbb mesti la dia punya attention terhadap aku punya pemanduan kureng sket, kikikikii. Kau hado? :P 

At the end, alhamdulillah aku lulus jln raya. Masa tgk marks tu ya Allah, nak melompat2 ghase. Sebab aku expect aku tak lulus. Alhamdulillah aku dpt 18/20. Markah lulus: 16.

Before keluar, mmg aku ucap 'terima kasih' tu bebanyak kali. Eksaited sangat, sampai hampir tertinggal beg aku dkt seat blakang -_-"

Litar.

Lepas settle jln raya, kena pegi tggu dkt tmpat litar puloks. Peh ramai gila org. Masa bagi borang dkt pondok tu, dia siap ckp,

"awk gi duduk dulu lah. Lambat lg turn awk ni"

Maka menunggu laaa ambe.

Dekat litar, Na ada bgtau gak kereta2 yg clutch tinggi, which means susah gila nak bawak.
Kereta 1,2,4,5. Mmg time menunggu tu aku duk berdoa jangan laaa dpt 4 kereta tu. Nauzubillah!

Lastly, alhamdulillah kereta 3 yg aku dpt. And aku manage untuk bwk kereta tu smoothly, then lulus. Alhamdulillah.
Aku saaaaaaangat happy sbb smua yg aku nak dpt. Ex; aku nak lane sblah kiri time bukit (sbb jauh sket drp JPJ) alhamdulillah dpt. Then aku nak parking 5, which means nnti akan senang untuk masuk ke tiga penjuru (em yg ni sesape yg amik dkt Akademi Memandu Anda je boleh imagine camane dan kenapa).

Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Lps siap smua tu, aku pergi dkt tmpat menunggu then jumpa Kak Ani! Kesian gilaaa dia tunggu sampai aku siap kot. Terima kasih Kak Aniiiii. Dahla malam before tu dia siap tulis dkt fb lagi suh aku buat solat hajat. Thankyouuu Kak Ani :)

So, conclusion dia aku dah dpt lesen. Yeayyyyyyyyyy alhamdulillah.

May Allah ease every single thing, In shaa Allah, ameennn :D

You Might Also Like

2 awesome homosapiens ^^

Pop your unspoken nice words here!

SUBSCRIBE

Flickr Images