JPJ test

22:30

Assalamualaikum. Hai people :D

So, harini dah masuk 3 Ramadhan, merangkap 1 Julai.
Tanpa sedar, dah dua bulan grad matrik. Hm cepatnya masa berlaluuuu -_-

In between, so many things happened.
Oh ye, aku dah dapat lesen. Yeayy, alhamdulillah :D

Aku punya JPJ test first ramadhan kot. Mencabar betul hahahha. First tu, memang cuak gegilaaa. Tapi nasib baik ada Na yg test skali so takdela nebes sgt bila ada geng skali.

Pagi tu punya laa semangat, pukul 8.00 lagi dah brtolak. Alih alih dlm pukul 3 gitu baru test. Aku punya turn kena test jln raya dulu, baru litar.

Jalan raya.

Aku kan dtg awal, so aku dah buat statistic JPJ tester mana yg paling banyak bawak balik calon (which means calon tu gagal dkt tgh jln, then dorg tukar, JPJ yg drive time balik ke Akademi Memandu tu).
Kira ada gak aa benefit datang awal hehheh.

And, thanks Na sbb tolong bgtau JPJ tester mana yg baik. Ada dua; kereta nombor 7 dgn 11.
So, bila sampai giliran aku, kebetulan ada dlm 3 kereta sampai. Anddddd one of em, kereta nombor 7!
Aku ape lagi, mmg cecepat aa pegi dkt kereta tu. Peluang jangan dilepaskan :D

And, memang betul pun dia baik. Baik gegila kauuu, dia siap tolong ajar lagi. And tolong ingatkan bila kita terlupa. Yelaaaaaa, tetengah nebes kang, bnda simple pun boleh tak ingat (ye, aku lah tu. Boleh pulak lupa nak pakai seatbelt -_-)
Thankyou encik tolong ingatkan!

Tetengah jln, mmg tak duk diam ah. Dia tanya, aku jawab. Aku tanya, dia tanya aku balik -_-
Takde mende pun, aku cuma tanya soalan yg dah direka khas oleh Kak Ani (cikgu aku) sbb bila kita berbual dgn JPJ tester, kurang laa sket rasa gemuruh tu. And yeahh, it's proven.
Cuntuh soalan:

"Encik dah lama ke keje dgn JPJ? "
"Awak rasa?"

Haa nampak dok dia tanya aku balik? -_-

"Em, 5 ke 6 tahun?"
Encik tu gelak.

"8 tahun dah"
Telan ayaq liur.

"Eish sikit lagi nak betul"
Encik tu gelak lagi -_-
Lagi dua, Amirah. Hengko mmg takde bakat bab2 tembak menembak ni.

And the rest is history.

Ohh, one more thing yg happened time aku ditest - dialogue between a son and a father. Alehh memang le tu menda biasa je, anak ckp dgn ayahh. Adik aku ckp je dgn ayah aku haa. Tapi yg ni special sket, sbb si anak tu, JPJ tester. Yeahhh, hahahhaa raso cam tak formal gila aku punya test. Memang time tu aku doa biar dia lelama otp sbb mesti la dia punya attention terhadap aku punya pemanduan kureng sket, kikikikii. Kau hado? :P 

At the end, alhamdulillah aku lulus jln raya. Masa tgk marks tu ya Allah, nak melompat2 ghase. Sebab aku expect aku tak lulus. Alhamdulillah aku dpt 18/20. Markah lulus: 16.

Before keluar, mmg aku ucap 'terima kasih' tu bebanyak kali. Eksaited sangat, sampai hampir tertinggal beg aku dkt seat blakang -_-"

Litar.

Lepas settle jln raya, kena pegi tggu dkt tmpat litar puloks. Peh ramai gila org. Masa bagi borang dkt pondok tu, dia siap ckp,

"awk gi duduk dulu lah. Lambat lg turn awk ni"

Maka menunggu laaa ambe.

Dekat litar, Na ada bgtau gak kereta2 yg clutch tinggi, which means susah gila nak bawak.
Kereta 1,2,4,5. Mmg time menunggu tu aku duk berdoa jangan laaa dpt 4 kereta tu. Nauzubillah!

Lastly, alhamdulillah kereta 3 yg aku dpt. And aku manage untuk bwk kereta tu smoothly, then lulus. Alhamdulillah.
Aku saaaaaaangat happy sbb smua yg aku nak dpt. Ex; aku nak lane sblah kiri time bukit (sbb jauh sket drp JPJ) alhamdulillah dpt. Then aku nak parking 5, which means nnti akan senang untuk masuk ke tiga penjuru (em yg ni sesape yg amik dkt Akademi Memandu Anda je boleh imagine camane dan kenapa).

Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Lps siap smua tu, aku pergi dkt tmpat menunggu then jumpa Kak Ani! Kesian gilaaa dia tunggu sampai aku siap kot. Terima kasih Kak Aniiiii. Dahla malam before tu dia siap tulis dkt fb lagi suh aku buat solat hajat. Thankyouuu Kak Ani :)

So, conclusion dia aku dah dpt lesen. Yeayyyyyyyyyy alhamdulillah.

May Allah ease every single thing, In shaa Allah, ameennn :D

05:56

You know what?

I've screen capture all your advices.
Coz you keep writing and deleting yr tumblr -_-

Yes, I took tht alternative.
So that I can re-read all of your words whenever I feel lost.
Youre my friend, my buddy, and either my counselor \O/

May Allah ease every single thing, In shaa Allah, ameennn :)

08:20

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku perahsia.
Takde la perahsia mana punnn, cuma aku tak banyak cerita pasal diri aku dekat orang.
Tak semua orang aku cerita pasal aku. Hatta dekat adik sendiri pun aku tak share cerita sangat. Certain org je aku cerita, yang aku rasa macam beeest je nak share dgn dia ni. Yg mana aku rasa vibe kitorang sama. Yg mana aku selesa nak share pape dgn dia. Certain je, tak ramai.
Sebab cerita aku takde la best mana. Boring semedangg.
Aku lagi suka dengar cerita orang, buat pemerhatian. Kaji perangai manusia.

Sampai sepupu aku pernah, tutup novel yg dia baca dan terus duduk tegap depan aku, buat muka serious semata-mata nak dengar kalau aku share secret.

"Sebab ore jarang boleh dgr kak long kecek benda gini"
-Sepupu-

See?
Itu aku.

Maka sape sape yg aku share pasal something yang rareee, congrats!
Anda antara org yg rare lah pendek kata. Hehheh.

P/s: Ramadhan is coming. Three days to go! \O/

احلا و سهلا يا رمضان كريم.

May Allah ease every single thing, In shaa Allah, aminnn :D

Le tragedy

00:42

Salaaaamun 'alaik everyone.
What if you receive a call, and someone inform you tht your family was involved in an accident? 

My heart skipped three beats.

***

P/s: Post ni sikit punya panjang. Kalau acah acah malas, boleh pangkah je page ni. Aku tulis untuk aku kenang nanti tua. Dan mungkin juga untuk rawatan kalau aku terkena amnesia (nauzubillah). So aku tulis 'agak' detail. Memories are to be remembered btw :P

Umi kena pegi kl, ada kursus seminggu. Kenapa ntah, abi nak ikut gak.
Maka satu family pegi, kecuali aku dgn Mc Wa sbb semek tu SPM tahun ni. Grr grr aku terheret sama ://

Sabtu, 07 June 2014.

Dengan rasminya aku dgn Mc Wa kena tinggal dekat kampung. Maka bermulalah kehidupan aku dgn Mc Wa dekat kampung.
Not bad, sebab ada sepupu sepapat, plus mak pak sedara pun ramai balik. Cuti sekolah kenn, haruslah pulang ke kampunggg :D

Selasa, 10 June 2014.

Awin call, tanya ada dkt rumah nenek ke idok. Rumah dia dekat je dgn rumah nenek, so kekadang tu kitorang lepak ah dekat pantai. Takdela kematu sgt aku dekat rumah nenek tu hehheh.

So, kebetulan hari tu aku jadi cucu mithali teman nenek pegi klinik tabib ape ntah dkt KB. Maka takleh nak jumpa. Tetiba dia ajak aku stay rumah diaa.
Eksaited? Of course laa, tapi kena mintak izin wali den duluu. Haa part tu la yg creepy sket -_-

Punya laa takut, tapi nak pegi. So nak tak nak aku kena call gak abi, mintak ijinnn.
Andddddd, alhamdulillah abi bagi greenlight! *tarian hula*
So, balik je rumah, pack baju. Then awin datang jemput :D

Family Awin totally peramah! Daripada yg paaaaling kecik sampai yang paaaaling tua semua suka menyakat. Aku le mangsanye -_-
And since Awin panggil aku 'Mia', habis dia basuh otak anak sedara dia suruh panggil aku 'Cik Mia'. Adeih, diri ini terasa tua. Kihkih xD 

Daripada Cik Mia, jadi Cik Ya, then lastly jadi Cik Yang. Lol machemm machemm.
Khamis, 12 June 2014.

Awin sebenonye nak hantar aku petang, tapi hujan menggila masa tu. Lebat tak terkata, kauuu. So, kakak awin akn hantar, tp lps maghrib. Kalau nak ikutkan diorang, diorang suruh stay lagi. Tapi abi bagi limit dua hari je. Eheh.
Petang tu sebenonye rasa tak best. Rasa mcm, tak sedap hati. Rasa mcm, nak baliiiiikk :(

Malam tu malam nisfu syaaban. So baca yaasin berjemaah. Lepas baca yaasin baru Kak Didi hantar aku balik :D
Sementara tunggu Kak Didi bersiap, aku pegi lepak dekat kedai. Ohh ye, lupa. Awin ada kedai runcit bebetul depan rumah dia. Siap jual burger dgn ice blended lagi kauuu. So, rugi la kalau aku tengok je kenn. Lalu aku shopping. Tetengah syok shopping, Mc Wa call.

"Kak Long, umi abi accident"
Telan air liur.

"Heh, gapodio?"

"Umi abi accident, smua empat2 tayar duk kuk atas. Innova terbalik."

"Astaghfirullahalazim"
Allah. Jantung rasa macam nak terkeluar drp badan. Lutut tetiba lembik. Aku tak kuat T_T

"Pahtu gano semua?"

"Accident tu dkt Kuantan, baru je nak exit highway. Memang nak sampai dah rumah Umi Na (mak sedara)"

"Dok eh, semuaa gano? Okey dok? Umi abi gano, selamat ko? Kak long nk tahu hok tu jah"

Pitch suara tu tinggi takyah cakap ah. Lain orang tanya, lain dia jawab. Grr.
Awin datang, angkat kening. Mungkin suara aku kuat sangat kot.

"Hmm okey. Semua selamat. Kereta je laa nazak"

"Alhamdulillah"
Urut dada. Bahu rasa ringan sket.

Phone diletakkan. Lama2 kang habis kredit semek tu.
Aku duduk. Awin datang tanya.
Once aku explain, dia terkejut. Aku laaaaaagi terkejut. Family aku kot. Takleh bayang kalau tinggal aku dgn Mc Wa je. Dahla bergaduh tu kira mcm kewajipan harian dah.
Adeih.

At the end, aku nanges ats kereta. Terfikir perasaan manusia dlm kereta yg tergolek cemtu. Mesti ingat mati je, kan? Hm.

Sampai rumah nenek, memang semua muka runsing. Then Mc Wa tunjuk gambar kereta yg Umi Na amik. Ya Allah memang aku mengucap panjang ah. Teruk kot. Kira mcm, nasib tu sangat baik kalau hidup lagi. And alhamdulillah family aku still diberikan peluang untuk terus hidup. Alhamdulillah ya Allah.

Call umi, tp masuk voice mail. Minutes later, umi call. Aku nak nanges dengar suara umi. Boleh teka suara tu suara letih yang amat.
Umi ckp semua okey je, cuma Faris sakit pinggang. Amjad patah specs. Tu je. Then kereta yg taktau lagi boleh diselamatkan ke idok.

Accident tu berlaku time Mc Wa baruu je lps call, tanya umi duk dkt mana dah. Around 6.45 pm.
Abi ckp tayar dpn mcm tak sedaap je, mcm ada smthg wrong. Then sampai dkt selekoh, bergolek lah Innova. 

Umi pejam mata time nak accident. Bila bukak mata, still atas jalan raya. Sikit je lagi nak jatuh gaung. Umi expect jatuh gaung dah. Tapi alhamdulillah tak. Then umi try tolak2 pintu, lama2 boleh bukak. So umi keluar. Adik2 aku keluar thru tingkap yg dah pecah. 
Yg teruk sket bhg pemandu. Tp alhamdulillah abi okey je.

Malam tu, aku still lagi tak percaya yg family aku involved dlm accident -_-

Jumaat, 13 June 2014.

Umi call, suruh balik rumah dgn Cik Nie (mak sedara mrangkap jiran sebelah rumah). Nnti semua balik dgn bas pagi esok. 

Maka petang tu, aku dgn Mc Wa pun balik laa ke home sweet home.
First thing yg kitorg buat, jenguk rabbit. Ada seekor mati. Sape suruh keluar drp sarang sangat. Haih.
Yg lain okey, sbb bibik Cik Nie tolong jamu makanan dkt rabbit2 sekaliannn. Thankyouuu bibik!

Malam tu umi whatsapp, ckp balik dgn bas Mutiara yg dua tingkat. Aku jadi lemah lutut balik.
Kenapa mesti yang dua tingkaaat? :(
Umi ckp sbb dah takde bas lain. Yg tu je yg paling awal yg ada.
Sigh.

Sabtu, 14 June 2014.

Pukul 11 pagi diorang brtolak. And I'm still waiting until now.
Tolong doakannn biar diorang selamat sampai rumah eh?

Thanks semuaa :')

***

May Allah ease every single thing, InshaAllah, ameennn :)

Flickr Images