Kolej Mara vs Kolej Matrikulasi (Part 2)

21:27

Salaaaamun 'alaykum, people :D

Okeng. This post is for junior yg bertanya thru comment dkt post Kolej MARA vs Kolej Matrikulasi.

***

First, tahniah semuaaa sbb dapat tawaran ke Kolej Mara Kulim :D

1) Perbezaan kolej Mara dgn kolej matrikulasi lain.

- Kolej Mara ada banyak. Tapi untuk matrik, ada dua je; satu yg sains (Kolej MARA Kulim), satu lg yg account (Kolej MARA Kuala Nerang).
Dua dua ni ada Program Satu Tahun (PST) je. So, anyone yg dpt pointer below than 2.0 time final exam semester 1 kena tukaq kolej. Biasanya kalau Kmkulim, dia transfer pegi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).
Every year mmg ada je satu bas yg bwk student pegi sana. So koghaaaanggg, struggle bebetul tau. Jgn main main.
Dekat Kolej Mara Kulim ada 5 program;
- Matrikulasi KPM
- Pra-U USM
- USM fast track
- PPKS UMK
- FIST Unikl

Overall, jumlah student ada dlm 500+. Ehhh ke 700++. Err lupa. Tapi mmg tak sampai seribu pun laa.

Kalau kolej matrikulasi lain, program account dgn science ada dlm satu kolej. Then ada both PST and PDT. So, student dia ramai. Kalau KMPP, student dia ada dlm 2000++.

- Bayaran kolej MARA rm500, while kolej matrikulasi rm550.

- Elaun Kolej MARA (utk matrik je) rm100 sebulan, while Kolej matrikulasi rm250.
Ehh, dnt worry, Kolej MARA dia sediakan makanan 5 kali sehari.
Kalau kolej matrikulasi lain, takde. Dorg kena beli makanan sendiri.
So, takyah nak jeles jeles k :D

2) Cara belajar dkt Kolej MARA Kulim

Err. Dari segi ape eh? Emm emm.

Kalau matrik, ada 3 modul.
Modul 1 - Maths, Chemi, BI, Physics, Biology
Modul 2 - Maths, Chemi, BI, Physics, Science Computer
Modul 3 - Maths, Chemi, BI, Biology, Science Computer

Satu kelas kuliah, range student dlm 50-70 org. Then stiap kelas akn berpecah kepada 3 kelas tutorial. Range satu kelas tutorial dlm 20 student. Kelas kuliah tu, dgr lecture. Kalau tutorial tu, kelas utk lab jgk aa. Then utk buat latihan, cikgu ajar lagi dekat and so on.

Pagi pagi, pukul 7.30 wajib berkumpul dekat dewan or surau, untuk baca mathurat ramai2. Yg ni, lecturer in charge akan amik attendance. Ni yg aku ceghita ni dekat Kmkulim taw.

Class start pukul 8.00 am. Then rehat  pukul 10 smpai 10.30 am. Haa koghang boleh pi makan dkt DS , takpun beli je makanan dkt koop atau cafe. TEH AIS DEKAT CAFE MMG PERGHHH TERBAIK KAWW *promote promote hahahha*
Okeh, then sambung kelas sampai pukul 1.30 pm. Rehat utk lunch, solat thennn sambung kelas pukul 2.30 sampai 4.30 pm.
Haa pack gegila, kan? Mohon bersedia physical mental ye semuaaa :D

Untuk score pointer tinggi, better baca dulu before masuk kuliah. Bila tak paham je, tanya. Then, malam tu ulangkaji balik. Segala tutorial, try buat sendiri dulu. Kalau takleh, tanya kawan2. Tak pun, tanya je lecturer terus.
Jangan jadi macam iolls, hahahha. Okey, menyesal T_T

3) Kemudahan di Kolej Mara Kulim

Hmm. Dekat sini ada DS, asrama, bangunan akademik, dewan exam, dewan kuliah, bilik tutorial, lab, bilik IL, cafe, koop (koop kita always dpt anugerah koop terbaik among Mara college taw, memmainnn hahahha).
Untuk sukan, mb Kmku kurang sket accommodation dia, tp still adaa. Court tennis, padang yg luas gila bak angg, court bola jaring, court bola tampar, and beberapa lagi.
Oh ye, ada library. 

Korang bertuah taw, sebab semuaaa dah dinaik taraf. Time batch kitorang paling sedih, sbb banyak benda renovate. DS pun kena share dgn budak laki, kauuu. Sempat sampai puasa tahun lepas je makan dkt DS pompuan.
Then library, sempat guna sekejap je time sem 1. Siap renovate tu memang dah dekat sgt dengan final exam sem 2 :(

Laluan pejalan kaki *berbumbung* , dari asrama pompuan sampai bangunan akademik pun baru buat time kitorang final exam haritu. Sempat laa merasa sket, even tak siap lagi. Hnns hnss Y_Y

***

Emm tu je la dulu kot. Kalau ada pape lagi, do drop yr comments eh :D

P/s: koghaaaanggg, tau tak kitoghang senior2 ada buat group Kolej Mara Kulim 2014/2015 dekat fb? Dekat situ tanya je nak tanya ape, sebab senior2 ramai je sudi menjawab segala persoalan korang.
How to join?
Search je dekat fb, then request to join.
Tak jumpa? Malu nak request?
Haa. Do add me on fb, tekan je dkt banner fb dkt sidebar blog ni eh. But be sure to pm me first taw. Cakap je yg awak dpt tawaran ke Kmkulim. Then terus iolls masukkan korang ke dlm group tu. Okeng?
Jangan memalu taw :D

Tapi, I rarely join the conversation, sebab semuaaa dah terjawab. Senior2 lain semuaaa baik hati dah tolong jawabkan hehehheee. 

But I do some private Q&A for those yg malu nak post dekat group tu :D
May Allah ease every single thing, inshaAllah, ameeen :)

******** UPDATE (05/11/2016)********

Emmm hai? Just want to update that its been over 2 years since I graduated from matriculation school. So, I would like to apologize, that my post might not be up-to-date anymore. There might be slight changes or more, despite this post was published few years back. 

Anddd, for the fb group, I only joined the 2014/2015 intake. So I reaaally can't help you guys for the latest intake, sorreh! :(

Best regards, goodluck!


You Might Also Like

122 awesome homosapiens ^^

  1. assalamualaikum, akak. Saya dapat tawaran matrik kat KMKm. So, saya nak tanya. Untuk elaun tu kan, memang semua pelajar program matrikulasi dapat ke? Guna akaun bank apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Intan Sofea,

      Waalaikumsalam. Congrats:D
      Yearp, smua dapat. Akaun tu, ikut je. Any account yg kita ada.
      Sbb nnti dia mintak salinan buku bank utk urusan :)

      Delete
    2. Assalamualaikum kak ..mknanye kite cuma perlu bukak mane2 bank je?ta kesah la bsn/cimb/bank islam ?sy konfius ckit bhg yg na kna bukak acc bank ni ..

      Delete
    3. @Naisyir

      Waalaikumsalam. Yearp, ikut je. Mana2 pun takpe.
      Mcm akak dulu BSN, ada tu kwn akak bank Islam, bank Rakyat, and so on.
      Bukak je memana, dia tak kisah :D

      Delete
    4. Ok ..thanks kak ..sgt membantu ..:-D

      Delete
    5. @Naisyir,

      Most welcome :D

      Delete
    6. Kak.. baju utk kuliah tu bebas pkai baju kurung ke kne pkai baju kurung biru

      Delete
    7. Kak.. baju utk kuliah tu bebas pkai baju kurung ke kne pkai baju kurung biru

      Delete
    8. Kak.. baju utk kuliah tu bebas pkai baju kurung ke kne pkai baju kurung biru

      Delete
    9. @Unknown;

      Pakai baju kurung bebas je. Yg baju kurung biru tu kadang2 kalau ada majlis rasmi je :)

      Delete
    10. Kak.. baju utk kuliah tu bebas pkai baju kurung ke kne pkai baju kurung biru

      Delete
  2. Akak .. saya xpaham la tentang yuran pendaftaran yg kne gune cheque cimb tuu .. lepas tu , kene bawak rm300 lg time pegi daftar ? so jumlah semua rm850 ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. @finaz,

      Yg cheque tu mmg rm500 kan?
      Ehh banyak nya smpai rm300. Akak dulu rm161 je yg byr by hand. Betul ni, rm300?

      Delete
  3. ye akak .. rm300 by hand .. wah , dulu rm161 je .. mmng CIMB je ke by cheque tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Eynaz,

      Rasenye mb sbb WiFi kot. Skang ni mmg satu kolej ada WiFi yg unlimited. Dekat dorm pun ada :D

      Haah, CIMB je :)

      Delete
    2. So , kalau CIMB , Kne bukak acc CIMB ke utk bayar tu ?

      Delete
    3. @Eynaz,

      Eih. Kalau nak buat cheque tu tak perlu bukak acc bank pun :)

      Delete
  4. thank you so much sebab banyak bagi info kat sini. I'll be joining KMKm commitee this 25 May.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. @Liesa Azemi

      Most welcome :D
      Ohh, congrats! Enjoy yr days there ^^

      Delete
  5. Baru perasan akak ada post baru pasal kmku ni! Thank you akak sudi share. Lagi 5hari je lagi nak bertolak ke kulim.Haihh rasa sekejap je masa lepas dah cuti hampir setengah tahun. Sekarang yuran by hand rm300, dia ada nyatakan kat buku panduan. Akak , dekat kmku ada charlie tak? Sebab saya banyak baca post2 senior kat group fb 'halatuju pendidikan selepas spm' , dorang kata kat kawasan utara banyak Charlie.. Kmku ni pun ada juga ke? Hehe bukan apa, nak prepare barang2 utk mencegah "love bite charlie" :P -syamimi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @syamimi,

      Hee no biggie. Maaf br boleh replyy *sbb wifi ada probs sket*.
      Ohh rasenye sbb wifi kot. Dekat sane pepandai laa korang control diri sbb wifi mmg satu kolej ada. Feeling nak online semedangg je -_-

      Charlie tu adaaa, tapi tak banyak pun. Akak pernah laa jumpa sekor duaa, hehhe :D

      Nak prepare punn boleh, bwk bebanyak segala bnda yg perlu.
      Ohh ye, gudluck! :)

      Delete
  6. Hi Akak saya nak tanya Karangan Perihal Diri tu wajib kebuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. @unknown,

      Hai jugakkk :D
      Karangan perihal diri tu wajib buat utk sesape nak apply pinjaman kalau x silap. Sbb ada je yg x buat, dorang x layak nak apply :)

      Delete
  7. Kak, sy dpt Kmkm, Nak tanya, ada sediakan perkhidmatan dobi baju ke? Sbb diorang cakap nanti akan diberi beg dobi?? Btw, entry akak really membantu and goodluck untuk akak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @zecks.zulfa,

      Alright, congrats! :D
      Yearp, adaa. Mmg akan dpt beg dobi. Sorang tu boleh hantar dobi 2 kali seminggu, ikut warna beg dobi yg kita dpt. Contohnye, akak dulu dpt warna hijau. So turn dobi akak hari isnin dgn khamis :)
      Btw, sekali hantar tu boleh 7 helai je.

      Ohh thankyouuuu. All the best dkt sanaa ^^

      Delete
  8. akak saya nak tanya baju rasmi kmkulim macam colour kain budak sekolah rendah ke..sebab saya pergi kedai dia cakap kain kmkulim warna tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Adilah,

      Baju rasmi dia sebenarnya biru ala-ala bendera BN gitu. Tapi ada je yg pakai biru gelap, cuma tak ramai :)

      Delete
  9. Akak, saya nak tnya tentang baju kurung rasmi yang warna biru. Memang akan dibekalkan kainnya or kita yang kena beli sendiri. Lagi satu warna baju dengan warna kain sama warna atau lain. Saya confuse lah kak.. Saya harap akak boleh balas pertanyaan saya.

    Btw, good luck untuk study!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Baju tu kena beli sendiri. Nnti mggu orientasi akn ada masa kena pakai dh baju tu, so better bwk yg dah siap :)

      Pasal kain tu, bebas. Nak pakai yg bercorak ke, warna lain ke, terpulang. Asalkan baju je biru :D

      Orait, thanks & gudluck jugaakk ^^

      Delete
  10. Akak, gambar passport memang kena prepare banyak ke?
    Lagi satu akak, saya nak tnya tentng kad matrik. Gambar untuk kat matrik memang akan ditangkap pada hari pendaftaran jugak ke? Sebb kawan saya matrik perak kena hantar gambar through email and hari pendaftaran terus dapat kad matrik. -ain_ad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ain_ad,

      Haah, kena prepare banyak. Sebab nnti kena tampal dkt kad outing, buku pulang bermalam, kad yg kena tampal dkt loker, utk library, and so on :)

      Yearp, mmg dia amik time hari pendaftaran. So imagine aa muka letih tahap ape ntah, dgn berminyak semuaaa dia amik gambar utk kad matrik -_-

      Pasal kad matrik, mmg dapat lambat sket. Akak dulu dlm 2 3 bulan gak ah baru dpt :)

      Delete
  11. Assalamulaikum kak..sy nak tanya sikit..pembelajaran kat kmk ni mcm mne ek?? Buku2 lak mcm mne?? Btw,,thanks untuk info yg brguna.. -ana-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Pembelajaran tu mksudnya camane ek? Emmm dr segi ape? Hee xtau nk jwb ape >.<

      Buku2 tu nnti akn dpt dkt sana :D
      Most wlcome ^^

      Delete
  12. assalamualaikum.. akak
    sy perlu kan pandangan akak,, sy ni baru dpt twran utk ke kmkulim pnggln ke dua la kira nya kn.. tpi wktu yg sama sy dpt twran utk ke politeknik.. so sy tak tahu nk pilih mana satu.. buntu sgt rasa nk ngis pun ada.. tolong ye akak :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Yani Iman,

      Waalaikumsalam.
      First, congrats! :D

      Emm polytechnic tu dpt course ape? Mak ayah ckp cane?
      Kalau matrik, mb lagi taugh drp poli kot. Tapi time batch akak, yg panggilan kedua mostly laagi score drp yg panggilan prtama :)

      Papepun, istikharah. Sbb akak pun xtau gak poli tu camane. So akak takleh nak ckp gak :)

      Delete
    2. ok. thanks akak
      politeknik tu kos dip kejuruteraan elektronik komunikasi dkt pahang then kmkulim pulak ppks umk dkt kedah.. ayah sy pun ikut je mana sy nk prgi.. tpi sy risau je sbb kmkulim kn diorg dh start bljar.. akak rasa sy tak ketinggal ke nnti.? hurmm.. akak boleh bgi pndngn akak lagi tak.? :(

      Delete
  13. kak , sy dpt kmku . nk tanya , peraturan dy ketat x ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nur amirah;

      Ohhh congrats! :D
      Peraturan dia agak ketat la kalau nak compare dgn matriks lain heheheh. Dia macam sekolah mrsm tapi tak pakai baju sekolah and boleh bwk phone pegi kelas xD

      Delete
  14. Assalamualaikum kak ,
    nak tanya kalau waktu petang sampai malam bebas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Waalaikumussalam. Aah bebas, tapi takleh keluar daripada kawasan kolej start pukul 7 (kena ada dkt dalam dah masa ni kalau tak kena tahan dgn pak guard)
      Taapii, ada jugak lecturer yang nak habiskan syllabus depa akan buat kelas malam :D

      Delete
    2. Ouhh.. Saya dapat tawaran ke KMKu..nervous jugak, hihi �� biasanya ramai tak dalam satu batch? Terima kasih btw, ��

      Delete
    3. ohhhhhh congrats! :D
      Dalam satu batch tak ramai pun (kalau nak compre dgn matrik lain), mmg tak sampai seribu. Jgn risauuu, lecturer semua baik2. Goodluck tauuu :D

      Delete
    4. Ouhh.. Trima kasih.. Kalau waktu pulang bermalam pulak? setiap minggu ke cemana? Sebab saya asal negeri sembilan xD hehe

      Delete
    5. Waktu pulang bermalam dua minggu sekali :D
      Ohhhh orang nogoriiiii hehehe untunglaaa. Akak orang Kelantan, so balik time cuti panjang je xD

      Delete
  15. Assalamualaikum akak. Saya ada soalan sikit. Nak tanya apa brg2 keperluan yg patut bawak gi kmk ni eh?? Contohnya macam ubat nyamuk ke, ridsect ke, extension ke. And macam mana pulak dgn cuaca kat sana?? Panas ke selalu hujan ke sejuk?? Sori banyak tanya. Btw thanks. Banyak info yg dapat membantu dari akak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Waalaikumussalam. Pasal brg2 nak bwk, akak ada post dah. Nnti awk refer balik dekat link ni eh ;

      http://wordsofheart33.blogspot.com/2013/05/persiapan-ke-matrik.html

      Cuaca tuuuu takleh nak cakap jugak heheheh tapi macam biasa je, ada panas ada hujan (especially time nak final, masa tu musim hujan. Prepare payung eh) :D

      Delete
  16. Assalamualaikum,saya dapat KM Kuala Nerang suasana pembelajaran dia lebih kurang dengan kmku ke?
    Macam mana pulak dengan pakaian rasmi kat sana,memang kena pakai baju kurung ke masa attend kelas?
    Maaf tanya banyak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nurul adnin,

      Waalaikumussalam. First, congrats! Awk dpt accounting eh :D
      Kalau psl KM Kuala Nerang akak kurang tahu la awak, sorry :(

      Tapi, semua matrik memang wajib pakai baju kurung attend kelas (kalau perempuan) and baju kemeja kalau lelaki. Sorry tak dpt bantu sangat!

      Delete
  17. assalamualaikum...nk tya akk skit *byk la jgk*mgnai kolej mara kulim,,yuran pndftran bapa ek??lau blik kmpung cmne??blik ikot sem ke mcm mna??n btol ke dorm,surau,dewan kuliah ad air-cond sbb ad kwn ss kt sorg akk ni dya kata ada..hihi sori byk tya..haha

    #bakal student KMKm

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Rohana Shafie,

      Waalaikumussalam. Yuran pendaftaran tu, masa tahun akak RM 500, tahun awak akak tak sure. Try rujuk dekat surat tawaran awak, rasanya ada tulis kot.

      Balik tu, time cuti panjang awak balik la hee. Kalau rumah dekat, boleh balik every two weeks :)

      Kalau dewan kuliah, memang ada air-cond, tapi surau dgn dorm takdee hehehe tapi taktau la puak kalau kolej dah upgrade skang. Kalau ye, untungla batch korangggggg :D

      Sokayyy, takde masalah pun awak tanya. Ada lagi info dekat sini (in case awak belum baca)

      http://wordsofheart33.blogspot.com/2013/04/kolej-matrikulasi-vs-kolej-mara.html

      Delete
  18. Assalamualaikum akak..sy dpt twaran ke KMKU dan sy nk tnya sikit..pembelajaran die lebih susah dri SPM atau lebih kurang sama atau lebih mudah dri SPM..tq ^^

    ReplyDelete
  19. @Najwa Mahizir,

    Waalaikumussalam. Congrats!
    Pembelajaran dia lebih kurang dengan SPM, cuma lagi dalam. Kira macam payah sikit laa drp SPM hee. Tapi kalau awakbebetul focus and study hard, in shaa Allah all is well :D

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum akak, kalau buat assignment sume tu camne ye? Tulis tangan ke atau type kat komputer then print? And boleh lekat anything tak kat dinding cam pnyangkut baju/ polysterin board/notes etc? And kalau bwk nota spm helpful tak? Ke tak payah bwk sbb silibus lain sgt? Jazakallah akak cantik yg baik hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @AihanBudakBaik,

      Waalaikumussalam. Assignment dia takde sangat punnn hehheh just mcm kena jawab soalan past year questions (semua hand written je) :D
      Kalau ada yang guna laptop pun, just untuk subjek English, tu pun sebab nak prepare slide untuk presentation. So, kalau tak bawak laptop pun takpe je :)

      Boleh jeeeee nak lekat pape, nota nota ke, kata semangat ke, gambo parents ke semua boleh ehehehee (tapi takde paku so kena beli yang pelekat boleh sangkut tu kalau awak nak sangkut hanger)

      silibus dia lebih kurang je, cuma matrik lagi detail. boleh je nak bawak, takde masalah. tapi kalau tak bawak pun in shaa Allah takpe je sebab nanti belajar balik andddddd lecturer sangat helpful memahami caring. kalau nak Tanya pape, straight je jumpa dorang :D

      Afwan awak yang comel!

      Delete
  21. Salam kak,, nak tanya.. Kalau waktu hujung minggu ada kelas jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Waalaikumussalam. Kelas takdeee, except kalau lecturer buat kelas tambahan sbb syllabus tak habis lagi :D

      Delete
  22. Assalamualaikum kak , saya lepasan Spm result 5A .Saya ada baca blog kak tentang kolej mara Kulim.So Saya nak tanya pendapat

    1.kak Mathematic dekat matrik susah x? sbb Addmath saya dapat C+ masa SPM. Dalam masa yang sama saya dapat UNIKL dip farmasi so masih berbelah bahagi nak pilih yang mana.

    2. Kolej mara kulim ni ada kelebihan apa2 x ? Sbb all kawan2 saya yg dapat result 4 atau3 A semua dapat kolej matrikulasi kedah. Saya dan kawan saya yg 5 A ja dapat KMKulim

    Terima kasih kak sudi menjawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zarif Zainol,

      Waalaikumussalam. Okeeeeee, first, congrats :D
      Akak jawab setakat yang akak mampu okey hee.

      1. Maths dekat matriks ni, tahap diaa emmm nanti akan rasa macam add math tu basic je. Haa gitew. First topic pasal differentiation. Tapi ada je kawan-2 akak yang takleh A addmath tapi score je time matrik :)
      Waaaaa yekeeeee okey sangat tu farmasi. Awak try minta pendapat parents awak skali which one the best okey ^^

      2. Pasal kelebihan tu, akak rasa semua matrik sama je kott. Tapi tak sure cemana cara pembahagian student. Mungkin ada sistem grading jugak, who knows kannn hee. Cuma KMKu ni under mara, bukan 100 percent under KPM :D

      Alright most welcomee!

      Delete
  23. Assalamualaikum akak,
    1. akak apply kmku ni through upu ke acane ?
    2. bagi program mcm fist unikl dan lain2 selain matrik tu silibus diorg same ke dgn student matrik ?
    3. student fist unikl tu dpt elaun x ?
    thank you kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt.

      1. Apply bukan thru upu. Nanti kena beli nombor pin matrik dkt bsn kalau tak silap. Bila keluar tu, biasanya before spm lagi hehe.

      2. Silibus lebih kurang jee. Cuma guna buku lain, pastu ada sikit je beza.

      3. Tak sureeee. Tapi rasanya dapattt heee.

      Most welcome! Sorry tak dapat jawab dgn detail sangatt :(

      Delete
  24. Assalamualaikum wbt. Kak. Nak tanya dari segi FIST unikl yang buat dekat Kolej Mara Kulim ni. Saya dapag kos tu..Saya pn dr tganu.

    1) Kos ni, Foundation in Science and Technology, menghala ke medic ke? Kalau dah habis buat foundation ni, mcm mna nak sambung degree, medic? Kena bawah unikl jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Unknown;

      Waalaikumussalam wbt. Tahniah dapat KMKu :D

      Yup, menghala ke arah medic jugak. Sbb once awk dah habis foundation, awk akan sambung degree dekat unikl jugak. Untuk medic, nnti awk apply Unikl RCMP :)

      Delete
  25. Akakkkk nak tnyaaa program matriks kat kolej mara kulim mana nak mohon? Kat permohanan upim ka ? Lgpun matriks ni under mara kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Norain Diyana;

      Yeeeee heheheh. Matriks dkt Kolej Mara Kulim, cara nak mohon dia sama je macam matriks lain.
      Dengan beli nombor pin dkt BSN (kalau tak silap).

      Aah matrik kat sini under mara :)

      Delete
  26. KAkkkk nak tnya, macam mana nak mohon matriks kat kolej mAra kulim ni? Dari permohonan upim ka??

    ReplyDelete
  27. Assalam, kak keluar tawaran bagi kemasukkan june agaknya keluar bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt.
      Alahai tak sureeee, maaf deh. Tapi biasanya tak lambat punnn :D

      Delete
  28. Assalamualaikum kak,saya dpt kmkn ,asasi kejuruteraan ... tapi saya takut kena tendang ... ada kwn2 kta leh kna tendang klau reault xelok

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farhan Danial;

      Waalaikumussalam wbt.
      Woah tahniaaaaaah!! Alahai jangan fikir pasal tendang tendang tuuu haha. Yakin yang awak boleh, inshaAllah. Kalau takut, awak strive jangan kasi kena tendang jyeahhhh! Gittew

      Delete
  29. assalammualaikum akak.dekat kolej mara kulim ni mmg takde akaun ke.sbab saya mintak sains time apply.tapi bila dapat result spm saya nak ambik akaun.tadi saya check saya dpat sains.takde cara nak tukar ke? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Aah takdeee. Kat situ ada Sains, Program Satu Tahun je. Kalau matrik Kolej MARA yang akaun dekat Kolej MARA Kuala Nerang :)

      Alahai akak pun tak sure cemana nak tukar. Sorryyyyyy!
      Oh btw congraaaaaaats :D

      Delete
  30. assalamualaikum.. kakak senior..
    saya dapat kolej mara kulim..
    daftar 7 jun 2016.. takut jugak nak masuk situuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nor Diana;

      Waalaikumussalam wbt. Haiiiiiiii :D
      Woaaah congrats!! Selamat mendaftar & jadi pelajar KMKulim hehehe. Enjoy your stay theree :)

      Delete
  31. boleh tak kalau sesorang itu dah dpt tawaran matrikulasi tetapi nak tukar kepada kolej mara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Unknown;

      Alahai kalau yang tu tak suree. Sebab masa saya stay kat sana dulu takde yang tukar :)

      Delete
  32. Assalamualaikum kak..saya dapat tawaran kmk ni. Nak tanya kalau nak keluar dari kolej ada hari tertentu ke? Rasa macam nak masuk asrama sekolah balik pulak..hehe.and ramai ke yang pointer under 2.0 ni akak??risau pulak ni... Harap sudi jawab:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Congraaaats :D
      Aah ada hari tertentu je, khamis & sabtu. And giliran jugak, between lelaki dan perempuan hehe. Saangat macam asrama hahahah tapi lagi best!

      Time batch akak haritu tak ramai sangat pun, satu bas pun tak penuh. Kalau dapat under 2.0, nanti kena masuk Program Dua Tahun, which is not available dekat KMKu. So kena pindah matrik :)

      Noo jangan bimbang. Awak struggle, usaha bebetul inshaAllah result okay hehe gambatte!!

      Delete
  33. Assalamualaikum..akak baju time kuliah nk kna pkai bju apa???bagi lelaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Unknown;

      Waalaikumussalam wbt. Kena pakai formal -- kemeja & slack :D

      Delete
    2. Tali leher kena pkai jgk ke??

      Delete
    3. Tali leher kena pkai jgk ke??

      Delete
  34. Asslm kak. Saya ada dpt fist dekat kolej mara kulim. Dia ada minta karangan perihal diri, nak tulis apa ke dlm tu? Masa daftar tu ada kena byr apa2 lagi ke? Sbb saya baca byr cuma utk sem 1-rm225 &sem2- rm470... tu pun kena bank in dekat cimb bank. Harap akak dpt jwb.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Alahai mintak maaf, sbb akak tak buat pun karangan perihal diri tu dulu ;(

      Aah masa daftar ada kena byr sikit, tp akak dah lupa jumlah dia berapa. Yg selebihnya bayar thru bank :D

      Delete
    2. Hai saya nak tanya. Kmkulim ni permohonannya macam mana? atau pergi ke portal kolej mara kulim then cetak buku panduan dan borang lepas payment seperti ditulis didalam buku panduan? tolong bagi keterangan saya call kmk xdpt pon

      Delete
    3. @Anonymous;

      Haii. Permohonan dia berbeza, ikut program. Saya boleh cakap yg matrik je sebab tau yang tu je ehe. Kalau matrik, time nak apply matrik, pilih tempat Kolej MARA Kulim. Cemtu je. Kalau program lain, tak sure cemana, maaf deh :D

      Delete
  35. Asslm kak. Saya ada dpt fist dekat kolej mara kulim, yg pasal karangan perihal diri tu mcm mana ye? Nak tulis apa je? Masa daftar tu ada byr apa2 tak? Sbb yuran sem1-rm225 &yuran sem2-rm470.. tu pun kena bank in dekat cimb bank.. harap akak dpt jwb.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Unknown;

      Hee dah jawab kat atas. Waalaikumussalam wbt :D

      Delete
  36. Asalamualaikum akak, kan kena bayar rm500 utk yg mula kan, kena bank in dalam cimb rm500 terus ke macam mna? Saya tak faham urusan bayaran dengan bank apa yg digunakan kt sana. Saya cari dekat web kmk x de thanks yer akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Unknown;

      Waalaikumussalam wbt. Kalau tak silap akak, awk kena buat bank draf (or bank in, lupa) pastu nnti kasi resit dia time daftar :D

      Delete
  37. Assalamualaikum akak ...saya dpt twaran mnerusi emel program persediaan keusahawanan sains ukm ...akak boleh crita skit x yg program ni lbih kurang asasi ataupun pra-U yerr ...hehe tima kasih -hanis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hanis Nadzirah;

      Waalaikumussalam wbt.

      Tahniaaaaahh heheheheh. Eh jaap awk dpt UKM ke UMK?
      Kalau yg dekat KMKu ni UMK kalau tak silap hee. Kalau yg UMK tu best je akak tengok, dorang selalu ada event bukak booth jual jual makanan, etc. Pastu belajar nak tubuh syarikat cane, siap daftar lagi dengan kerajaan (so that awk dah ada syarikat kecil kecilan sendiri :'))

      Goodluck!

      Delete
  38. Assalammualaikum hai akak comel! Hehe.. Nak tanya, ada tak yuran yg kita kena bayar masa hari pendaftaran? Yg 500 tu bayar dekat cimb kan? Pastu, nanti budak matrik duk dorm sekali dgn budak program lain ke? Kat sana boleh bawak lampu study kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nurul Nasuha;

      Waalaikumussalam wbt. Haiiiiii \O/
      Aah ada yang kena bayar tapi sikit je (lupa dah berapa)
      Yupp nnti bawak bank draf je hehe.

      Masa zaman akak dulu, tak sekali. Asing :D

      Bolehhh. Biasanya nanti kena light off or cube mate dah tido tapi awk nak study (serba salah nak bukak lampu en) so boleh gunaa hee :D

      Delete
  39. assalamualaikum kak saya nak tanya.
    1. semua program di kmkulim mmg sume dduk dlm asrama ke ? ade tak yg dduk dlm bilik?
    2. kalau pra-usm, belajar 4 hari ke seminggu ? sbb saya baca khamis akk ckp outing.
    Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt.

      1. Time zaman akak (13/14, which was 2 years ago hehe) yang pre-usm je dapat bilik. Sebilik 4 orang. Yang program lain semua duk dorm :D

      2. Rasanya semua 5 hari hehe. Yg outing tu biasanya after kelas keluar :D

      Most welcome!

      Delete
  40. assalamualaikum akak. Karangan perihal diri bila kena buat? tak dimaklumkan pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt.
      Akak pun tak sureee dulu akak tak buat pun :D

      Delete
  41. salam kak. tq for the info dlm blog ni ! :"")
    saya nak tanya tntg pakaian
    a) kne pkai tudung ke nak brjalan dri dorm ke tndas?
    b) prgi DS pkai bju apa?
    c) bju lengan pendek di benarkan tak di asrama? biasanya pemakaian mcm mana di asrama?
    p/s : sori mnyusahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Most welcome!

      a) Kalau yg dorm, takyah sebab tandas tu bawah satu bumbung je dgn dorm ehehe. Kalau yg bilik, tandas kat luar so I bet kena pakai lah en hee :D

      b) DS tu bebas je nak pakai baji pape. Tshirt biasa pun boleh. Tapi biasanya breakfast atau lunch pakai baju kurung sbb gi kuliah en :D

      c) Aah dibenarkan, asal tutup aurat sesama pompuan hee. Pakai baju kelawar pun no hal :D

      p/s: tak menyusahkan punnn ;)

      Delete
  42. assalamualaikum.......subjek apa yg belajar utk pra-u usm???kos farmasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Subjek macam asai (bio physics chem math) pastu tak sure apa lagi yang ditambah hee :D

      Delete
  43. assalamualaikum kak. mira baru ja habis final exam sem 1 semalam., n subject chemist mmg lost , x sempat siapkan , rasa risau sgt skarang ni, takut x dapat lepas sem 2,, ikutkan pengalaman akak n kenkawan akak ka ,,, klu jawab exam x habis , possible or not utk dapat pointer up to 3.00. pliss kak rep, its hard to confess what im feeling now. every single day , im thingking about this

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Siti Noramirah;

      Waalaikumussalam wbt miraaa. Maaf akak baru bukak blog ni haaaa.

      Biasanya kalau ada down 1 subject, takpe asalkan ada subject2 lain back up. InshaAllah pointer okay jeee hehe. Macam akak dulu, result physics memang nauzubillah! Tapi alhamdulillah result subject lain dapat counter balik yg physics tu, akak dpt above 3 :D

      Jangan risau sangatttt inshaAllah awak bolehhh!!!

      Delete
  44. Hai, nak tanya, pelajaran untuk foundation macam mana. Susah ke?
    Bagi akak, nak dapatkan 3.7 and above tu memang jarang ke??
    Dan ramai ke pelajar yang dapat 3.8-4.0 pointer untuk exam kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussakam wbt. Alamakk tak sure foundation cemana tapi rasanya lebih kurang ja susah dia dengan matriks. Kalau struggle bebetul dapatlahh inshaAllaah hee. Ada jee yang dapat cuma ramai ke tak tu tak sure hee sorry tak dapat nak bantu sangat!

      Delete
  45. Assalamualaikum kak :), tumpang tanya.. elaun tu dia akan masukkan ke acc bank mana ya untuk matrik and uitm?? Ke mana2 je? Sbb dgr cite elaun utk matrik masuk bnk rakyat n uitm masuk bnk islam. Mohon penjelasan akak hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Marhaini;

      Waalaikumussalam wbt. Elaun tu boleh jeee memana bank (kalau tak silap hee). Akak dulu guna bank rakyat :D

      Delete
  46. Replies
    1. @HaziqHazri Ibrahim;

      Woahhh congrats! Enjoy your matriculation days!

      Delete
  47. Assalamualaikum, kak. Nak tanya sikit. Sy baru dapat tawaran ke KMKu. Tapi semakan ni sampai 11 mei je & tawaran asasi keluar 14 Mei ni. Boleh ke saya terima dlu tawaran kmku ni dlu pastu kalau sy nk ke asasi, takpe ke sy tak pergi kmku ni? Sy tkut kne blacklist dan sy jgk dlm dilema nk ke kmku @ asasi. Mohon pandangan. Lagi satu, sy org kelantan. Kalau nk balik cuti kmku ad sedia bas ke kena cari bas sendiri?
    P/s: sori akak menyusahkan. Anyway, goodluck in achieving your goals in life. Fighting!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous;

      Waalaikumussalam wbt. Haiii congrats! Waktu zaman akak dulu ada je yg buat gituuu heheheg (tapi xsure pasal blacklist tuu sorreh!)

      Weee samalah kita oghe kelate! Hehehe. Ada jeeee pihak kolej sedia bas. Masa zaman akak dulu sampai 9 buah untuk kelate (sbb ramai gilos 😂)

      Awwwh thankyouuu!! Goodluck jugakkkkk ❤

      Delete
  48. akan join program asasi sains UMK-MARA 2017/2018 :D

    Org Kelantan jugak , nervous kak , ahhaha

    sekarang yuran rm695 untuk program asasi ni...

    akak nak tanya elaun semua dapat ke ? tak kisah pendapatan ibu bapa berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Haiiii congratssss heheheh. Yayyyy samaaaaa! *high five*
      Wahhh dah 695 ehh. Alahai lupa lak time akak dulu berapa hahah.
      Dapaatt hee tak kisah pendapatan :)

      Goodluck study!

      Delete
  49. Assalamualaikum..akak..alhamdulillah baru2 ni saya ditawarkan ke kolej mara kuala nerang dlm perakauanan.Saya nak tny akak..lepasan kolej mara memang akan sambung degree dekat unikl ke akak ? Atau bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Waalaikumussalam wbt. Woahh congrats!
      Takkk nanti akan isi upu balik untuk degree. Nak apply unikl pun boleh :)
      Goodluck study!

      Delete
  50. Salam akak..sy nak tny bsn available x dkat kmku tu..coz sy nak guna bsn untuk sbrg urusan d sana nnt...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous,

      Waalaikumussalam wbt. Dkt KMKu takde atm pun :(
      Tapi skrg taktau lah kut dah upgrade en hehe. Tapi zaman akak dulu kitorang kena gi Giant or Tesco untuk amik duit (ada atm kat situ pastu sambil gi jenjalan)

      Delete
  51. Assalamualaikum akak saya nak tanya akak adakah penghuni kolej mara kebanyakkan budak MRSM.. Saya nak tanya ni since saya hanya pelajar sekolah menengah biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. @LISTEN TO EXO KING OF KPOP

      Waalaikumussalam wbt,

      Taaakkkk hehehe no worries!
      Goodluck studyyy jangan rendah diri. Akak pun bukan dakdak mrsm ;)

      Delete

assalamualaikum..
gerakkan jari jemari anda yang runcing lagi halus mulus itu and comment yea :D

Flickr Images