new year :D

06:54

Assalamualaikum..



    yeah . hari ni hari last 2011 . alhamdulillah , aku diberi kesempatan untuk menghirup udara sehingga penghujung tahun ini . and tomorrow , aku sndiri tak jamin samada aku masih diberi peluang untuk menjejakkan diri di tahun baru . 

  2011 , tahun yang paling best dalam sejarah hidup aku ; for now lah . who knows tahun tahun yg akan datang tu lagi best , kan :D and thanks for every single things to korang yang datang mewarnai hidup aku tahun ni .

  and , macam orang lain . setiap awal tahun mesti ada azam , right . aku pun ada laah . tapi , segala azam aku tu dalam diary lah ye . hehe . yg pastinya , nak 11A+ SPM tu ada . memang wajib lah tu .

  okayy . apa yg aku harap , tahun 2012 ini akan lebih baik dari tahun tahun sebelum ni ,dan  akan menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup aku . insyaAllah.. ye lah .. SPM candidate tahun ni .almaklumlah . haha . nak 11A+ !

peeps , do pray for me 11A+ SPM , insyaallah..amiin!

selamat tahun baru . welcome 2012 :)

finally :D

04:14

Assalamualaikum..

    okayy . nak story mori about my day . can i??

pagi pagi lagi aku dah step my foot dkat skolah . ada kkd for orientasi next year . awal awal lagi dah sibuk . *sigh . then , lepak dgn sunbfd . dekat BOSS sbab asfi kne bertugas . pasal result , tak nervous langsung . not at all . haha . aku pn puas fikir dah kenapa tak nervous .

then , kitorang pegi kantin .. lepak kat sana . dengar lagu , berbual.. kan tahun depan dah sibuk . takut dah tak de masa nak buat semua ni .

dalam pukul satu gitu..cikgu tak habis meeting lagi . so , kitorang decide nak pergi solat dulu . ambil berkat . haha . then , baru naik dewan .

masuk je , dewan memang dah crowded . nasib baik ada tempat kosong . so , kitorang duduk satu row . tak nervous lagi . bila mudir masuk , dah start . tapi sikit je lah .

then , mudir berucap . alhamdulillah , MMP merupakan sekolah ketiga terbaik keseluruhan . pelajar yg berjaya mendapat pangkat mumtaz seramai 287 orang . imtiyaz ( 10 Mumtaz ) seramai 61 orang . and , Nur Dini Ahmad Zawawi merupakan pelajar perempuan terbaik keseluruhan peringkat YIK . kawan aku tuu . * bangga sket. haha

bila mudir habis berucap , hormon adrenaline dah start dirembeskan . haha . baru nervouse . then , teacher rohaiza umumkan nama yg dapat 10 mumtaz . naik pentas pulak tu . and aku bisik dekat cik yah ;
aku      : cik yah , nak naik pentas ..
cik yah : gi lah naik . haha
teacher rohaiza start umum nama . first , nama dini . next , AMIRAH BT RUSHDAN .
aku macam.. what ?? haha . tak caye weh . so , aku orang first yang jejak kaki atas pentas tu . gilaa! perasaan aku? dah macam nasi kerabu . bercampul gaul semua . turun dari pentas , terus pergi dekat sunbfd . and u know what , suddenly a tear trickled down my cheek . i'm burst into tears ! PMR pn tak macam ni . maybe sebab aku terlalu lalu tak sangka . sebab trial aku just 4 mumtaz .oh, parents aku tak pergi . haha:D

 okayy . aku dah kata semalam , aku tak target pun . and , aku akan terima dengan apa yg aku dapat . haha . alhamdulillah . aku naik je atas kereta , abi tanya . aku senyap je sambil hulur result . and abi senyum melebar and terus call umi . oh , impianku jadi kenyataan . parents aku happy .

akhir tahun ?? haha . alhamdulillah , satu je B . biologi . tu sebab tak sempat nak ulangkaji daa . memang jawab ikut yg ada dalam dada je . and thanks to kak zaf and anis insyirah sebab tolong aku cover sket dalam masa setengah jam tu . bayang lah , aku tak bukak lgsung bio sblum tu . stengah jam nak masuk dewan baru bukak . kira okayy lah kan , dapat B .

aku mmg ingat result aku menyedih kan dua dua . ( SMU n akhir thn ) . tp, alhamdulillah.. dua dua tu makes me in cloud nine lah :D

and aku harap , aku dapat naik pentas lagi . bau kejayaan itu . aku nak hidu lagi untuk SPM . pentas itu . aku nak naik lagi . march 2013 , aku akan naik lagi .. insyaallah .. amiin ! peeps , do pray for me . 11A+ SPM :D


terima kasih ya Allah sebab bagi aku peluang untuk bahagiakn umi dgn abi :)
 tak salah kan kalau aku ingin mengecapi manisnya kejayaan sekali lagi ?
      11A+ SPM 2012  insyaallah..amiin ! :)

result :)

07:45

Assalamualaikum..

     okayy . blogwalking sudah . and , like them ,  aku nak coret psl SMU result. yeah , esok hari penentu , hasil penat lelah aku sebagai form 4 . tp kan , i'm not nervous at all . ntah la.. tp aku rasa aku boleh terima apa jua yg aku bakal hadapi esok.. insyaallah . jauh di sudut hati aku , aku nak 10 mumtaz . nak buat parents aku happy . nak buat parents aku bangga . peeps , pray for me . 10 mumtaz SMU..insyaallah . amiin!! 

         10 MUMTAZ SMU :)

 

Masa depan --"

01:05

Assalamualaikum.

    okayy. what the hell dgn masa depan tu??  okayy.. ni nak habaq mai. fyi , nenek aku cakap ; nanti tahun bila ntah , orang yg mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai ketinggian yg kurang daripada yang ditetapkan tak boleh kerja . skali lagi ye.. tak boleh kerja. aku macam.. what??  yes, i know lah aku ni memang daripada spesis cute miut tu.. 


     aku yakin nanti mesti ada pertubuhan orang berat badan berlebihan semalaysia akan tertubuh untuk membantah cadangan kerajaan tuh. yo lah.. tak boleh kerja kan.. takkan lah nak tanam anggur tepi rumah seumur hidup, kan?? tapi aku rasa.. betul jgk kerajaan nak buat macam tu . sekaligus, obesiti dapat dikawal, kan?? mesti rakyat malaysia semua berusaha nak jaga badan sebab nak kerja.. tak gitu??

     kalau pasal berat badan berlebihan tu aku tak kisah.. tapi yang pasal tak cukup tinggi tu aku rasa macam nak sepak kucing jiran sebelah je. sensitif lah wei main bab tinggi ni. dah nak buat macamana.. bukan kita yg tentukan ketinggian kita. dah Allah cipta kita macam tu..nak buat mcm mana, kan. ketinggian ni something yg tak leh nak ubah dah. tambah lagi , dah besar gedebak macam ni.

      so, kanak kanak ribena sekalian , makan lah calcium banyak banyak kalau nak kerja besar sek sok. okayy??



cinta hati :)

23:16

Assalamualaikum ^__^

       cinta hati?? oit. jgn fikir bukan bukan lah. cinta hati tu refer kepada insan-insan yg telah banyak membawa perubahan dalam hidup aku. cheh..bunyi mcm jahat sgt aku dulu. tapi bila fikir balek, memang aku dalam kategori jahat jugak lah. imagine la..masa kat tadika aku dah jadi gangster. satu geng dgn Sarah Sabri. HAHA. Sarah, tak sangka jumpa pulak kita dekat maahad ye. bekas geng dulu. dekat tadika tu memang kitorang bermaharajalela. adeih, kecik-kecik dah jadi jahat. see?

       okayy. siapa cinta hati tu?? haa..meh sini nak habaq. sape lagi kalau bukan SHUT.UP.N.B.FRENZ a.k.a sunbfd . thanks guys, sebab calit kan warna-warni kehidupan dalam hidup aku. aku saaaayang korang sgt2. tau tak, aku bersyukur sangat sekolah kita buat kelas tambahan dalam cuti. sebab dapat jumpa korang. tak de lah menderita macam tahun-tahun lepas. kalau tak, alamatnya tiap-tiap malam aku tidur dgn gambar korang. haih. eh, jap. bukan ke aku patut tulis semua ni tahun depan ke?? hee. takpelah, kita tangguh ke tahun depan. peace :D






       kalau nak tau, kitorang ada blog trsendiri. sebagai pnghubung kalau masing masing dah jauh nnti. hehe. nak tengok?? tekan sini . tapi kan.. alang alang tengok tu..follow lah ye. tapi tak paksa punn.

      nanti aku describe sorang sorang diorang nih. tp, next time lah ye. haha. till then, take care:)

Flickr Images